Teori Perkembangan
Arnold Gesell.
Menurut Arnold
Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell
menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap,
urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu.
Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada
kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai
peringkat usia perkembangan tersebut.
Teori Perkembangan
Jean Piaget.
Menurut Jean
Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit
(7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif
melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi,
penyusunan semula dan keseimbangan.
Teori Perkembangan
Robert Havighurst.
Robert Havighurst
menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada
setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan
menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada
individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan
menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau
juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya,
nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.
Teori Perkembangan
Kognitif Lev Vygotsky
Menurut Vygotsky,
dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial
dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang
akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna
ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang
dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya
sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan
individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik
beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan
bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak.
Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam
interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila
berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.
4 tahap bagaimana mendidik anak
mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1) Umur
anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w
menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih
sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung
mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan
sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur
anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini
kita mula menanamkan nilai DISIPLIN
dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu
Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana
meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah
tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula
bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah
dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah
SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa
seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan
berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja
perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan
sebarang tindakan mereka, elakkan
mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain
tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua
mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam
hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak
akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan
semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur
anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan
sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka
sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap
hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan
mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan
segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng
diri buat mereka. Ibubapa jangan
penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap
sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik
seperti yang ibubapa inginkan.
(http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/)
No comments:
Post a Comment