PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI
(LINUS) TAHUN 1
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
- National
Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
- Menjelang
2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi
(kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
- Di
bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
- Diselaraskan
oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
- Usaha
penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M &
PROTIM).
- Merupakan
usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan
numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
- Dinamakan
Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”
NUMERASI
|
TAHUN 1
|
TAHUN 2
|
TAHUN 3
|
Nombor Bulat
|
Membaca, menulis,
membilang dan menyusun nombor hingga 50
|
Membaca, menulis,
membilang dan menyusun nombor hingga 100
|
Membaca, menulis,
membilang dan menyusun nombor hingga 1000
|
Operasi Asas
|
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak |
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10) |
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan 9) |
DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”
LITERASI
|
TAHAP 1
|
||
Membaca dan menulis |
Menguasai dan memahami minimum 1000 patah perkataan mudah |
||
Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal |
Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) |
Membaca, menullis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan |
DEFINISI KONSEP
NUMERASI
|
TAHUN 1
|
TAHUN 2
|
TAHUN 3
|
Aplikasi
|
Mengenal mata
wang Malaysia
hingga RM10 |
Mengenal mata
wang Malaysia
hingga RM100 |
Mengenal mata
wang Malaysia
hingga RM1000 |
Menyatakan
bahagian dalam sehari
|
Menyatakan waktu
dalam jam pada muka jam
analog |
Menyatakan waktu
dalam jam dan minit pada muka jam analog
|
|
Mengukur dan menyatakan
ukur panjang objek dalam unit relatif
|
Mengukur dan
menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul
|
Mengukur dan
menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm
sahaja) |
MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI
Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :
i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI
Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :
i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.
KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
STRATEGI PELAKSANAAN
Status
Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Jadual Waktu
Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.
Penentuan Murid
Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober
Guru
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.
Kemudahan
Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P
Penyeliaan dan Pemantauan
Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan
KANDUNGAN PROGRAM
Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100
Bahan dan Instrumen LINUS
Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid
Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan
Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif
PELAPORAN
Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
PENUTUP
Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan.
Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA’
(http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus)
Program
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)bertujuan untuk membantu
murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
pada tahun satu.
Kumpulan
murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada
murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas.
Oleh itu
strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai
dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.
Fokus Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa
langkah berikut:
percalonan
|
ujian penapisan
|
perancangan
|
pengajaran
|
penilaian
|
tindakan susulan
|
Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M)
Kelas
Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan
kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini
perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan
modul pengajaran yang telah disediakan.
Berdasarkan
modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang
dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut
boleh digunakan mengikut kesesuaian.
a. Berpusatkan Guru
Guru
merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar
berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid
diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan
pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan
aktiviti yang akan dijalankan.
Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas
Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan
dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan
murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.
*Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan
supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam
aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di
awal dan di akhir waktu belajar.
*Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan
berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada
strategi yang berpusatkan murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid
yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan
pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
*Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara
individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh
digunakan jika perlu.
Teknik
Pengendalian
suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih
untuk mencapai sesuatu objektif.
Tujuan
menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian
serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran
guru.
Antara teknik pengajaran
bahasa yang dicadangkan ialah:teknik bercerita
teknik latih tubi
teknik tunjuk cara
teknik bersoal jawab
teknik main peranan
teknik menyanyi
teknik lakonanteknik kuiz
Rancangan Pengajaran
Secara Kumpulan
kumpulan
|
cepat
|
sederhana
|
lambat
|
langkah 1
|
interaksi guru
|
secara
|
kelas
|
langkah 2
|
kerja bertulis
|
interaksi guru
|
secara kumpulan kecil
|
langkah 3
|
pengukuhan
|
kerja bertulis
|
interaksi guru secara indiv
|
Bahasa
Melayu Merentas Kurikulum
Fokus
KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu
secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum
mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
Subjek-subjek
Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Pendidikan Jasmani Kesihatan:
1. Pergerakan menggunakan
abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam
abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi
kacang/ bola berabjad/ suku kata.
Pendidikan
Muzik:
1. Nyanyi
Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2.
Pergerakan berirama
3.
Bunyi-bunyian berirama
Pendidikan
Seni:
1. Binaan
- menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk
abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk
abjad dan kolaj.
No comments:
Post a Comment